No products in the cart.

NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

FLOOR DEPOT RETAIL SDN BHD (“kami” atau “kita”) menghormati dan berkomited bagi perlindungan maklumat peribadi anda dan privasi anda. Notis Perlindungan Data Peribadi ini (“Notis”), yang disediakan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”), ditetapkan sebagai amalan-amalan perlindungan data peribadi kami yang dilaksanakan untuk melindungi data peribadi individu yang berurusan dengan kami. Jika terdapat apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia daripada Notis ini, maka versi Bahasa Inggeris harus diguna pakai.

Sila ambil perhatian bahawa kami boleh meminda Notis ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu dan akan memberitahu anda tentang apa-apa pindaan tersebut melalui laman web kami atau melalui e-mel.

1. Definisi
Bagi tujuan Notis ini:
(a) “”Gabungan” ertinya FLOOR DEPOT group of companies dan/atau syarikat-syarikat yang berkaitan, termasuk syarikat-syarikat mereka yang berkaitan;
(b) ” rakan kongsi (-rakan kongsi) saluran” ertinya pengedar(-pengedar), peniaga(-peniaga), rakan kongsi(-rakan kongsi) perkhidmatan yang diberikuasa dan/atau rakan kongsi(-rakan kongsi) perniagaan
(c) “data peribadi” dan “pemprosesan” harus mempunyai erti yang dinyatakan di bawah Akta tersebut.


2. Koleksi data peribadi

Semasa anda berurusan dengan kami, kami akan meminta bahawa anda menyediakan elemen-elemen data peribadi yang tertentu bagi membolehkan kami untuk membuat transaksi dengan anda atau untuk menghantar barangan perlu, perkhidmatan dan/atau komunikasi berkaitan dengan transaksi sedemikian. Semua ini adalah perlu untuk pelaksanaan proses perniagaan kami , termasuk penghantaran notis-notis, perkhidmatan dan/atau produk-produk, pelanggan atau rakan kongsi saluran dan/atau pengurusan perhubungan vendor pihak ketiga, pelancaran produk baru dan acara-acara, tujuan perancangan berkaitan dengan produk-produk masa hadapan , termasuk acara-acara promosi dengan Gabungan dan rakan-rakan kongsi saluran kami.


3. Apakah jenis data peribadi yang kami kumpulkan

Untuk membolehkan kami untuk memenuhi satu atau lebih daripada kewajipan kami yang disenaraikan di perenggan 2 di sini, kami akan memerlukan untuk mengumpul data peribadi anda yang relevan daripada anda. Data peribadi yang dikumpul oleh kami mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada ) yang berikut:

1. Maklumat hubungan seperti nama anda, tarikh lahir, dokumen sokongan pengenalan (termasuk Kad Pengenalan atau nombor pasport) , jantina , kewarganegaraan dan bangsa, bahasa pilihan, alamat swasta dan/atau perniagaan semasa, telefon dan/atau nombor telefon bimbit (-telefon bimbit), nombor faks dan alamat e-mel (-alamat) , julat pendapatan;
2. Status produk-produk dan/atau perkhidmatan yang anda telah perolehi daripada kami atau telah melanggan;
3. Bagaimana anda menggunakan produk-produck dan/atau perkhidmatan ;
4. Kepentingan-kepentingan peribadi anda dan keutamaan untuk membantu kami mengkhususkan tawaran-tawaran pada produk-produk kami dan/atau perkhidmatan yang terbaik yang sesuai dengan anda;
5. Maklumat yang anda berikan mengenai keutamaan pemasaran anda atau semasa mengambil bahagian dalam tinjauan-tinjauan, pertandingan-pertandingan, peraduan-peraduan, cabutan bertuah atau tawaran-tawaran promosi dan/atau;
6. CCTV atau kamera rakaman visual apabila anda melawat premis pejabat kami atau menyertai mana-mana acara-acara kami.

4. Bila dan bagaimana kami mengumpul data peribadi anda

Kami akan mengumpulkan maklumat peribadi secara langsung daripada anda apabila anda:

1. Berkomunikasi dengan kami (sebagai contoh apabila anda hubungi kami untuk sebarang pertanyaan, termasuk dengan memanggil meja bantuan FLOOR DEPOT kami);
2. Menghantar maklumat anda semasa mendaftar jaminan pada produk FLOORDEPOT2U.COM anda sama ada melalui pos/talian;
3. Di mana anda mendaftar kepentingan anda atau melanggani maklumat mengenai produk-produk kami dan/atau perkhidmatan atau kepada penerbitan kami (contohnya surat berita);
4. Menyertai mana-mana daripada tinjauan-tinjauan kami, pertandingan-pertandingan, peraduan-peraduan, cabutan bertuah atau tawaran-tawaran promosi;
5. Memberi respon terhadap mana-mana bahan-bahan pemasaran kami yang dihantar keluar;
6. Memulakan perhubungan perniagaan dengan kami (bersesuaian untuk rakan kongsi saluran atau vendor pihak ketiga);
7. Melawati pejabat-pejabat kami; dan/atau
8. Memberikan maklum balas kepada kami (sebagai contoh melalui laman web kami atau dalam naskah asal)

Selain daripada data peribadi yang diperolehi daripada anda secara langsung (seperti yang diperincikan di atas), kami juga mungkin mendapatkan data peribadi anda daripada pihak ketiga yang berurusan dengan kami atau yang berkaitan dengan anda dan dari sumber-sumber lain yang mana anda telah memberi kebenaran anda untuk mendedahkan maklumat yang berkaitan dengan anda, dan/atau dimana dibenarkan secara sah.


5. Tujuan mengumpulkan data peribadi

Data peribadi yang anda sediakan akan diproses oleh kami untuk, antara lain, tujuan-tujuan yang bersesuaian seperti berikut;

1. Penghantaran notis-notis, perkhdimatan atau produk-produk dan pemasaran perkhidmatan sedemikian atau produk-produk kepada anda;
2. Bagi membolehkan anda memasuki perjanjian yang diperlukan dan/atau kontrak yang berkaitan dengan penjualan dan pembekalan produk-produk FLOORDEPOT2U.COM atau untuk membekalkan barangan dan perkhidmatan;
3. Tujuan-tujuan sedemikian disediakan secara khusus dalam mana-mana perkhidmatan tertentu atau produk yang ditawarkan oleh kami ;
4. Melaksanakan pemasaran, kaji selidik dan aktiviti-aktiviti profil pelanggan yang berkaitan dengan perkhidmatan kami dan produk-produk yang berkaitan;
5. Penyimpanan rekod dalaman kami ;
6. Membolehkan kita untuk menghantar anda melalui e -mel, cara-cara telekomunikasi (panggilan telefon atau mesej teks) atau media sosial tentang produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Gabungan kami, yang kami fikir mungkin menarik minat anda ;
7. Untuk menubuhkan dan menguruskan dengan lebih baik mana-mana perhubungan perniagaan kami ada dengan anda ;
8. Memproses mana-mana komunikasi yang anda hantarkan kami (sebagai contoh , menjawab sebarang pertanyaan dan berurusan dengan mana-mana aduan perkhidmatan pelanggan dan maklum balas);
9. Perkhidmatan selepas penjualan , seperti penyelenggaraan selepas penjualan (jika ada) atau hal-hal berkaitan dengan perkhidmatan pelanggan;
10. Untuk menyediakan anda dengan produk-produk dan/atau perkhidmatan yang anda minta; dan/atau
11. Untuk memberitahu anda tentang manfaat-manfaat dan perubahan kepada ciri-ciri produk-produk kami dan/atau perkhidmatan.
6. Kegagalan untuk membekalkan data peribadi

Kegagalan untuk membekalkan data peribadi sebagaimana yang diperlukan mungkin:
1. Menyebabkan kami tidak dapat menyediakan anda dengan notis-notis, perkhidmatan dan/atau produk-produk yang diminta;
2. Menjejaskan keupayaan kami untuk melaksanakan proses-proses yang perlu yang berkaitan dengan pembekalan produk-produk kami dan/atau perkhidmatan dan/atau;
3. Menyebabkan kami tidak mampu untuk mengemaskini kepada anda mengenai produk-produk kami yang terbaru, perkhidmatan, promosi, acara-acara dan/atau pelancaran.
7. Pendedahan data peribadi anda

Data peribadi yang disediakan kepada kami secara umumnya akan disimpan rahsia tetapi anda dengan ini bersetuju dan memberi kuasa kepada kami untuk menyediakan atau mendedahkan data peribadi anda kepada kategori-kategori pihak yang berikut:

1. Syarikat-syarikat dan/atau organisasi yang bertindak sebagai ejen kami, kontraktor dan/atau pembekal perkhidmatan;
2. Rakan-rakan kongsi saluran kami dan Gabungan untuk tujuan-tujuan yang berkaitan dengan tujuan untuk mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda;
3. Pihak-pihak lain yang berkenaan dengan anda yang sebelum ini telah diberikan persetujuan anda secara jelas;
4. Juruaudit-juruaudit kami, perunding-perunding, akauntan-akauntan, peguam –peguam atau lain-lain kewangan atau penasihat profesional dan/atau;
5. Syarikat-syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami dalam memproseskan dan/atau sebaliknya memenuhi transaksi dan menyediakan anda dengan produk-produk dan/atau perkhidmatan yang anda minta atau dilanggani.

8. Pemasaran secara langsung

Kami mungkin menggunakan data peribadi anda untuk menyediakan anda dengan maklumat mengenai kami dan/atau sebuah perkhidmatan Gabungan dan/atau produk-produk, yang mungkin menarik minat atau memanfaat anda, kecuali dimana sebaliknya diminta atau diberitahukan oleh anda.

Sila ambil perhatian bahawa kami akan hanya mendedahkan data peribadi anda jika anda telah melanggan perkhidmatan produk tertentu yang memerlukan pendedahan sedemikian dan/atau di mana kebenaran anda telah diperolehi.


9. Integriti data peribadi

Kami akan mengambil semua langkah-langkah munasabah bagi memastikan bahawa data peribadi yang dikumpul, digunakan atau didedahkan tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.


10. Keselamatan data peribadi

Kami akan mengambil semua langkah-langkah munasabah untuk melindungi data peribadi yang kami pegang daripada kehilangan, salah-guna, pengubahsuaian, akses atau pendedahan yang tidak dibenarkan atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan.

Kami tidak akan menyimpan data peribadi lebih lama daripada yang diperlukan dan akan mengambil langkah-langkah munasabah untuk memusnahkan atau mengenal pasti balik data peribadi secara tetap.


11. Pemindahan data dan perkongsian

Di mana kami anggap perlu atau sesuai bagi tujuan-tujuan penyimpanan data atau pemprosesan atau menyediakan mana-mana perkhidmatan atau produk bagi pihak kami kepada anda, kami mungkin memindahkan data peribadi anda kepada Gabungan yang lain di dalam atau di luar Malaysia, di bawah syarat-syarat kerahsiaan dan tahap keselamatan perlindungan yang sama.


12. Akses dan Pembetulan

Selaras dengan Akta ini, kami mungkin atas permintaan bertulis yang diterima oleh anda, menyediakan anda dengan akses kepada data peribadi anda dan mempertimbangkan permintaan untuk pembetulan data itu. Dalam keadaan sedemikian, sila hubungi

Customer Care
FLOOR DEPOT RETAIL SDN BHD
No 92 & 94, Jalan Puteri 5/5,
Bandar Puteri Puchong, 47100,
Puchong, Selangor.
Malaysia
Care Line: 1300-88-7585
Tel: 019-988 7585
E-mel: sales2u@floordepot.com.my

Kami akan menggunakan usaha-usaha yang munasabah untuk mematuhi permintaan anda dalam masa 21 hari dari tarikh penerimaan permintaan anda yang lengkap dan yuran pemprosesan yang relevan*.

Sila ambil perhatian bahawa dalam keadaan tertentu kami mungkin perlu untuk menahan akses kepada data peribadi anda , sebagai contoh di mana kami tidak dapat mengesahkan identiti anda atau di mana maklumat yang diminta adalah yang bersifat komersial rahasia atau sekiranya kami menerima permintaan berulang untuk maklumat yang sama. Walau bagaimanapun, kami akan memberitahu anda daripada sebab-sebab tidak dapat akur dengan permintaan anda.

* Selaras dengan syarat-syarat Akta tersebut, kami mempunyai hak untuk mengenakan bayaran yang munasabah untuk memproses sebarang permintaan akses data. Yuran dikenakan sebanyak RM10 sejam (tertakluk kepada yuran minimum perolehan semula sebanyak RM50) dan mengambil kira masa yang diperlukan untuk mengesahkan , mencari , memperolehi semula , menyemak dan menyalin maklumat yang diminta serta sebarang kos lain yang berkaitan dan perbelanjaan yang mungkin timbul daripada melaksanakan perolehan semula yang sedemikian . Anda akan diberitahu jangkaan yuran yang dikenakan, sebelum perolehan semula data peribadi anda.

Jika kami tidak menerima sebarang e-mel daripada anda dalam tempoh empat belas (14) hari dari Notis ini, kami menganggap bahawa anda telah menyetujui penggunaan berterusan data peribadi anda selaras dengan Notis ini. Walau bagaimanapun, sila yakin bahawa anda akan dapat menamatkan persetujuan ini pada bila-bila masa.